Contact Us

Mobile App

EN
AirportsCorporate
Logo
LIMA ORGANISASI ANTARABANGSA SERTAI LATIHAN KECEMASAN KLIA SEBAGAI PEMERHATI
14 OCT 26

SEPANG – Lima organisasi lapangan terbang antarabangsa menyertai Ex Perisai Panthera 2026 sebagai pemerhati, menyaksikan kesiapsiagaan dan penyelarasan tindak balas kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Maldives Airports Co., Oman Airports, Tibah Airports Operation Co., Jeddah Airports dan Changi Airport Group hadir buat pertama kali bagi menyaksikan latihan kecemasan berskala penuh di Landasan 2 yang menguji keupayaan KLIA dan agensi berkaitan mengendalikan situasi kecemasan kompleks.

Latihan ini melibatkan penyelarasan bersepadu KLIA menerusi Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (Airport Fire & Rescue Service – AFRS), bersama kira-kira 800 peserta daripada 24 agensi kerajaan dan rakan strategik, termasuk CAAM, PDRM, JBPM, KKM, APM, BSKU, MAG, AKPS, Pejabat Daerah Sepang dan NADMA. Penglibatan pelbagai agensi ini menguji keupayaan semua pihak untuk bertindak sebagai satu pasukan dalam menguruskan situasi kecemasan kompleks di aerodrom.

Menurut Abd Hasman bin Abd Muhimim, Pengurus Besar Kanan Pengalaman Penumpang & Operasi KLIA, “Keselamatan penumpang, warga kerja dan seluruh komuniti lapangan terbang sentiasa menjadi teras utama KLIA. Menerusi Ex Perisai Panthera 2026, kami bukan sahaja memenuhi piawaian kawal selia, malah terus memperkukuh kesiapsiagaan, ketangkasan komunikasi dan kecekapan koordinasi bersama agensi tindak balas kecemasan negara. Usaha ini mencerminkan komitmen kami untuk memastikan KLIA kekal sebagai hab penerbangan yang selamat, cekap dan berdaya tahan, serta bersedia menghadapi sebarang cabaran.”

Senario latihan melibatkan sebuah pesawat komersial dengan 209 penumpang dan anak kapal yang mengalami kerosakan enjin akibat rempuhan burung sebelum terbabas di landasan ketika mendarat. Berdasarkan Pelan Kecemasan Aerodrom KUL (KUL AEP), senario ini menguji tindak balas menyelamat, pengurusan mangsa, pemindahan perubatan udara serta komunikasi dan koordinasi antara agensi.

Antara keupayaan utama yang diuji ialah pengaktifan pusat kawalan dan tindak balas utama, Terminal Emergency Centre (TEC), Family and  Friends Reception Centre (FFRC) dan Family and Friends Holding Area (FFHA) dalam tempoh sasaran 30 minit.

Latihan turut menguji keberkesanan sistem komunikasi kecemasan automatik (AECR), operasi MEDEVAC menggunakan helikopter Bahagian Udara JBPM serta penyediaan sokongan psikologi awal oleh KKM dan Pertubuhan Kebajikan Tzu Chi.

How can we help?